EU lulus Comirnaty untuk budak 5-11 tahun

THE HAGUE, 25 NOV – EU meluluskan penggunaan vaksin Pfizer ke atas kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun hari ini.

Setakat ini, hanya AS, Israel dan Kanada yang telah memberikan vaksinasi kepada kanak-kanak.

Marco Cavaleri, ketua strategi vaksin di Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) berkata Comirnaty hari ini telah diberikan kelulusan untuk kanak usia lima hingga 11 tahun, katanya menggunakan nama jenama vaksin itu.

“Ini adalah berdasarkan dos berlainan daripada yang digunakan orang dewasa, pada dasarnya dosnya lebih rendah,” ujarnya kepada mesyuarat awam. – AFP