Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    EU luluskan bantuan AS$1.36b untuk Ukraine

    STRASBOURG, PERANCIS, 15 FEB – Parlimen Eropah hari ini meluluskan pakej bantuan Kesatuan Eropah (EU) baharu bernilai 1.2 bilion euro (AS$1.36 bilion) untuk Ukraine ketika serangan berpotensi dari Rusia mengancam ekonominya.

    Penggubal undang-undang sebulat suara menyokong bantuan yang dicadangkan pada pengundian selepas ia dibentangkan pada bulan lalu oleh eksekutif EU. Negara anggota blok memberikan kelulusan pada Jumaat.

    Pembiayaan itu – dijangka dikeluarkan dalam dua pinjaman dalam tempoh 12 bulan – adalah sebahagian daripada usaha oleh penyokong Barat Ukraine untuk menyokong negara di tengah ketegangan meningkat dengan Moscow.

    Amerika Syarikat (AS) berkata semalam ia boleh menawarkan AS$1 bilion dalam jaminan kredit untuk membantu Ukraine mengatasi ancaman perang dan Kanada mengumumkan pinjaman baharu bernilai AS$400 juta.

    Kerajaan Ukraine telah bergegas untuk mengelak kesan serius ke atas ekonominya ketika berdepan amaran dari negara Barat bahawa lebih 100,000 tentera Rusia di sempadannya mungkin akan menyerang pada bila-bila masa.

    Kyiv dipaksa berjanji untuk membuka ruang udaranya memandangkan ia bimbang pelabur mungkin menarik diri. Eropah telah memimpin usaha diplomatik untuk meredakan ketegangan, dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz mengadakan rundingan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin selepas melawat Kyiv.

    Moscow hari ini memberikan petunjuk kemungkinan meredakan krisis dengan berkata beberapa tenteranya berdekatan Ukraine mula kembali semula ke pangkalan mereka.

    EU telah menjadi penyokong kewangan semakin penting untuk Ukraine ketika ia beralih ke negara Barat selepas Moscow memisahkan semenanjung Crimea pada 2014 dan mula mencetuskan konflik pemisah. – AFP

    Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde menyampaikan ucapan semasa sesi pleno di parlimen Eropah di Strasbourg, timur Perancis pada 14 Februari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...