Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    EU nilai dos penggalak Pfizer bagi 12-15 tahun

    THE HAGUE, 9 FEB – Badan pengawas ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) berkata semalam ia telah mula menilai vaksin koronavirus Pfizer untuk dos penggalak bagi budak berusia 12 hingga 15 tahun.

    Agensi Ubat-ubatan Eropah pada minggu lalu berkata ia akan memutuskan tidak lama lagi mengenai permohonan untuk memberikan suntikan penggalak, digelar Comirnaty, kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun dalam blok 27 negara itu.

    “EMA telah mula menilai permohonan untuk menggunakan dos penggalak Comirnaty dalam remaja berusia 12 hingga 15 tahun,” kata agensi berpangkalan di Amsterdam itu.

    “Satu permohonan dalam remaja lebih tua berusia 16 hingga 17 tahun masih diteruskan,” tambahnya dalam kenyataan.

    ENA pada Oktober lalu meluluskan suntikan penggalak Comirnaty untuk semua golongan berusia 18 dan ke atas, diikuti oleh keputusan sama untuk menyokong Spikevax Moderna selepas itu.

    Ketua strategi vaksin EMA Marco Cavaleri berkata minggu lalu keputusan tidak mungkin diambil untuk meluluskan dua vaksin yang dihasilkan oleh firma Perancis Valvena dan Sanofi Pasteur – kedua-duanya sedang dikaji semula – sebelum cuti Easter. – AFP

    Seorang budak lelaki menerima suntikan vaksin Pfizer di pusat vaksinasi di Taman Antarabangsa Kuwait di Bandar Kuwait pada 3 Februari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...