Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    EU perlu bangkit, menjelang pelancaran 5G

    BRUSSELS, 25 JAN – Ketika Amerika Syarikat (AS) bergelut dengan pelancaran 5G yang menjejaskan syarikat penerbangan, badan pemerhati Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran kelmarin bahawa EU menghadapi ancaman ekonomi dan keselamatan yang lebih besar melainkan negara anggota meningkatkan kerjasama.

    Amaran itu ditekankan dalam laporan khas mengenai persediaan blok 27 negara untuk 5G, komunikasi wayarles generasi kelima dan seterusnya.

    5G diunjurkan untuk mendorong dunia ke era digital baharu – satu dengan inovasi teknologi yang lebih besar tetapi turut punyai kelemahan.

    Kajian oleh Lembaga Juruaudit Eropah (ECA memfokuskan dua perkara yang jelas, mengatakan Eropah ketinggalan di belakang Amerika Utara dan Asia dalam pelancaran rangkaian 5G dan EU perlu meningkatkan strateginya untuk mengatasi risiko keselamatan negara yang mengiringi.

    “Terdapat banyak kelewatan dalam penggunaan rangkaian 5G negara anggota dan usaha selanjutnya adalah perlu untuk menangani isu keselamatan dalam penggunaan 5G,” kata ECA yang berpangkalan di Luxembourg dalam penilaian 69 halamannya.

    Di AS, permulaan perkhidmatan telekomunikasi 5G telah mendorong syarikat penerbangan untuk mengadu tentang kemungkinan gangguan terhadap instrumen pengendalian pesawat dan gangguan kepada perjalanan udara.

    Dunia sedang tergesa-gesa untuk memasang infrastruktur 5G hasil daripada kapasiti data yang lebih tinggi dan kelajuan penghantaran, yang menjanjikan untuk mengubah segala-galanya daripada pemanduan kereta dan penternakan kepada penyiaran sukan dan pembuatan barangan.– AP

    AS bergelut dengan pelancaran 5G yang menjejaskan syarikat penerbangan, dan EU menghadapi ancaman ekonomi dan keselamatan yang lebih besar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...