Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    EU sedia hadapi penghentian bekalan gas

    BRUSSELS, 6 JULAI – Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata sebanyak 27 negara Kesatuan Eropah (EU) perlu membuat perancangan kecemasan bagi mempersiapkan negara-negara berdepan dengan penghentian bekalan gas Rusia ketika pencerobohan negara itu ke atas Ukraine masih lagi berterusan, hari ini.

    EU telah melaksanakan beberapa sekatan terhadap Rusia, termasuk bekalan tenaga, dan menghentikan aktiviti penghantaran yang dikawal oleh Kremlin. Walau bagaimanapun ketua eksekutif cawangan EU berkata blok negara barat perlu bersedia untuk berdepan dengan gangguan yang datang dari Moscow.

    “Kita juga perlu bersedia sekarang untuk berdepan dengan bekalan gas yang tergendala atau jika bekalan tersebut dihentikan sepenuhnya,” kata von der Leyen kepada badan perundangan EU di Strasbourg, Perancis.

    Beliau berkata puluhan ahli telah pun terjejas dengan kekurangan atau terputus bekalan gas ketika pencerobohan Moscow ke atas Ukraine yang masih lagi berlanjutan.

    “Ia adalah jelas: Putin secara berterusan menggunakan bekalan tenaga sebagai senjata.

    “Inilah sebabnya suruhanjaya berusaha merangka pelan kecemasan Eropah.

    “Kita perlu memastikan jika berlakunya gangguan bekalan, gas tersebut akan diberikan kepada negara yang lebih memerlukan. Kita perlu menyediakannya bagi perpaduan negara Eropah,” katanya.

    Negara-negara EU pada bulan lalu telah pun mempersetujui rancangan agar semua penyimpanan gas asli di kesemua 27 negara Barat akan diisi dengan kapasiti lebih kurang 80 peratus untuk musim sejuk akan datang bagi mengelakkan daripada berlakunya kekurangan bekalan pada musim tersebut.

    Peraturan baharu tersebut juga akan menggunakan penyimpanan gas bawah tanah di negara EU yang perlu diisi dengan kapasiti 90 peratus sebelum musim sejuk 2023 dan 2024. – AP

    Ursula von der Leyen semasa menyampaikan ucapannya pada Parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...