Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU sekat pegawai junta, firma Myanmar

    BRUSSELS, 19 APRIL – Kesatuan Eropah (EU) hari ini mengenakan sekatan ke atas 10 pegawai junta Myanmar dan dua konglomerat yang dikaitkan dengan tentera berhubung rampasan kuasa dan tindakan keras berdarah ke atas pembantah, kata pegawai Eropah.

    “Rejim tentera meneruskan keganasan dan memimpin negara menuju jalan mati. Itulah sebabnya kami menambah tekanan untuk mendesak tentera mengadakan rundingan,” kata Menteri Luar Jerman Heiko Maas selepas rundingan maya dengan rakan sejawatan EU.

    “Selain menyenaraikan individu, dua konglomerat ekonomi yang berkaitan dengan tentera juga disasarkan,” tambah beliau.

    Diplomat Eropah berkata dua firma yang dikenakan pembekuan aset dan pengharaman visa adalah Myanmar Economic Corporation (MEC) dan Myanmar Economic Holdings Ltd (MEHL) yang menguasai sektor termasuk perniagaan, alkohol, rokok dan barangan pengguna.

    Pegawai menyasarkan kebanyakan anggota Majlis Pentadbiran Negeri yang dilihat bertanggungjawab melemahkan demokrasi di negara Asia Tenggara itu, kata diplomat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda