Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    EU sekat sektor kewangan, tenaga dan pengangkutan Rusia

    BRUSSELS, 25 FEB – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mengakhiri sidang kemuncak tergempar awal hari ini, dengan persetujuan untuk menghukum Moscow kerana pencerobohannya ke atsa Ukraine dengan mengenakan sekatan yang menyasarkan sektor kewangan, tenaga dan pengangkutannya.

    Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen memberitahu sidang media selepas itu bahawa sekatan ‘akan memberi impak maksimum kepada ekonomi Rusia dan golongan elit politik.’

    Sidang tersebut bermula lewat kelmarin, hari Rusia mula menyerang sasaran ketenteraan dan menghantar kereta kebal serta pasukan payung terjun ke negara jirannya yang pro-Barat, Ukraine.

    Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berucap pada perhimpunan itu melalui pautan video, memberitahu presiden dan perdana menteri Eropah bahawa “dia tidak tahu sama ada dia akan dapat bercakap dengan kami pada hari-hari mendatang,” kata pemimpin Luxembourg, Xavier Bettel.

    Von der Leyen berkata sekatan tersebut adalah yang kedua dilaksanakan minggu ini oleh EU adalah bagi “menyasarkan 70 peratus pasaran perbankan Rusia, tetapi juga syarikat utama milik kerajaan termasuk bidang pertahanan.”

    Dia tidak menjelaskan secara terperinci, tetapi senarai yang disediakan oleh suruhanjayanya, dilihat oleh AFP, mencadangkan ia menambah dua bank swasta Rusia iaitu Bank Alfa dan Bank Otkritie kepada entiti yang disekat oleh EU.

    Ia juga melarang rakyat Rusia daripada menyimpan deposit melebihi AS$112,000 di bank EU atau daripada membeli sekuriti denominasi euro.

    Von der Leyen berkata langkah itu “akan meningkatkan kos pinjaman Rusia, meningkatkan inflasi dan secara beransur-ansur menghakis pangkalan perindustrian Rusia.”

    Sasaran sekatan sektor tenaga pula termasuk larangan eksport ke atas peralatan dan teknologi yang diperlukan Rusia untuk menaik taraf kilang penapisan minyaknya.– AFP

    Ursula von der Leyen semasa sidang akhbar pada akhir mesyuarat khas Majlis Eropah berhubung pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, di Brussels, Belgium, 25 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...