EU selar kelewatan vaksin AstraZeneca

BRUSSELS, 26 JAN – Kesatuan Eropah (EU) semalam memperingatkan syarikat ubat, AstraZeneca bahawa kelewatan untuk penghantaran vaksin COVID-19 yang dipersetujui tidak dapat diterima dan mencadangkan mekanisme untuk meningkatkan eksport dari blok terbabit.

“EU ingin mengetahui dengan tepat dos mana yang dihasilkan oleh AstraZeneca setakat ini, dan jika atau kepada siapa ia telah dihantar,” kata Pesuruhjaya Kesihatan Stella Kyriakides.

“EU akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk melindungi rakyat dan haknya,” tekan beliau. Kyriakides tidak mengulas mengenai tindakan yang mungkin diambil Brussels tetapi beliau akan mencadangkan ‘mekanisme ketelusan’ untuk menjejak hantaran vaksin yang dieksport dari EU ke negara bukan anggota.

Jumaat lalu, AstraZeneca telah mengingatkan bahawa kelewatan pengeluaran akan bermaksud ia tidak dapat memenuhi sasaran yang dijanjikan mengenai penghantaran ke EU, tetapi Kyriakides berkata ‘jadual baharu ini tidak dapat diterima EU. Pengumuman tersebut berdepan risiko berakhirnya program vaksinasi EU yang bergantung pada orang yang mendapatkan dua suntikan selang beberapa minggu. – AFP

Stella Kyriakides memberikan kenyataan di ibu pejabat Suruhanjaya Eropah di Brussels pada 25 Januari 2021. EU menyelar AstraZeneca kerana gagal menghantar dos vaksin koronavirus kepada blok seperti yang dijanjikan. – AP