Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    EU seru gencatan senjata di Ukraine

    BRUSSELS, 21 JUN – Kesatuan Eropah (EU) mendesak gencatan senjata dilaksanakan di Ukraine agar berjuta-juta tan bijirin dapat dieksport, kata ketua dasar luar EU kelmarin.

    Krisis di Ukraine memberi kesan serius terhadap kebuluran di seluruh dunia, Wakil EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell memberitahu sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar dengan menteri luar EU.

    Borrell turut menyangkal tuduhan Rusia yang menyalahkan sekatan EU sebagai punca permasalahan dan disifatkan sebagai menyebarkan maklumat salah, lapor Xinhua.

    Beliau berkata ketika sesi mesyuarat di Luxembourg bahawa para menteri telah mengkaji semula bantuan ketenteraan EU dan setiap negara anggota terhadap Ukraine.

    “Semua negara anggota telah terlibat dalam usaha ini, dan kami akan terus menyokong Ukraine selama mana yang perlu. Pada masa yang sama, kami menyeru agar gencatan senjata dapat dilaksanakan, yang mungkin membenarkan eksport makanan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...