Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    EU setuju lakukan pembaharuan dalam sistem suaka

    ATHENS, 9 JUN – Sebanyak 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) semalam mencapai persetujuan untuk melaksanakan pembaharuan dalam sistem suaka.

    Presidensi Sweden Majlis EU mengumumkan di Twitter bahawa menteri dari negara anggota bersetuju dengan pendekatan umum mengenai Peraturan Pengurusan Suaka dan Migrasi dan Peraturan Prosedur Suaka pada mesyuarat Majlis Kehakiman dan Hal Ehwal Dalam Negeri.

    “Fail-fail ini membentuk dua tonggak utama pembaharuan sistem suaka EU dan merupakan kunci kepada keseimbangan yang baik antara tanggungjawab dan perpaduan.

    “Kerja keras beberapa Presiden telah menyumbang kepada keputusan yang telah kami capai hari ini,” lapor agensi Anadolu memetik laporan majlis itu.

    Menurit penyiar awam Greek ERT, berdasarkan persetujuan yang buat pertama kalinya tercapai, mekanisme perpaduan mandatori yang ditunggu-tunggu, sedang diwujudkan.

    Bercakap kepada agensi berita kerajaan Itali, ANSA, Menteri Dalam Negeri Matteo Piantedosi berkata negara itu gembira dengan persetujuan itu.

    “Kami mengelak hipotesis bahawa Itali dan semua negara anggota kemasukan pertama akan dibayar untuk mengekalkan pendatang tidak tetap di wilayah mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...