Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    EU setuju penggunaan pengecas standard

    BRUSSELS, 8 JUN – Pegawai Eropah kelmarin bersetuju dengan cadangan undang-undang Kesatuan Eropah (EU)untuk menggunakan pengecas standard bagi telefon pintar, tablet dan komputer riba yang dijual di negara blok. Langkah ini menjadi satu tamparan buat Apple.

    Negara-negara anggota EU dan MEP percaya kabel standard bagi semua peranti akan mengurangkan sisa elektronik, tetapi gergasi iPhone, Apple berpendapat pengecas universal akan memperlahankan inovasi dan mewujudkan lebih banyak pencemaran.

    Bagi kebanyakan peranti mudah alih, keperluan bagi mengecas melalui port USB Type-C akan berkuat kuasa mulai akhir 2024, kata perunding, manakala komputer riba akan diberi lebih masa.

    Penggunaan USB-C juga akan merangkumi kamera digital, fon kepala, headset, pembesar suara mudah alih dan E-pembaca, kata mereka.

    Sementara itu, penggubal undang-undang telah bersetuju dengan menggunakan pengecas biasa berdasarkan cadangan yang dibuat oleh eksekutif EU dan Suruhanjaya Eropah pada September lalu.

    Keputusan tersebut akan disahkan secara rasmi oleh Parlimen Eropah dan di kalangan negara anggota EU hujung tahun ini sebelum mula dikuatkuasakan.

    EU yang merangkumi 27 buah negara mempunyai 450 juta penduduk yang sebahagian daripada pengguna terkaya di dunia dan pengenaan USB-C sebagai standard boleh menjejaskan keseluruhan pasaran global.

    Peraturan itu juga akan memberi pilihan kepada pembeli untuk menolak daripada menerima kabel pengecasan baharu apabila membeli peranti elektronik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...