Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    EU sokong larangan enjin pembakaran pada 2035

    BRUSSELS, 9 JUN – Parlimen Eropah kelmarin telah meletakkan pengaruh cadangan larangan menjual kereta baharu dengan enjin pembakaran pada 2035 sebagai usaha menyokong penentangan perubahan iklim melalui pembangunan kenderaan elektrik yang lebih pantas.

    Perhimpunan Kesatuan Eropah (EU) mengadakan undian di Strasbourg, Perancis, bagi mengehendaki pembuat kereta mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 100 peratus menjelang pertengahan dekad yang akan datang. Mandat itu juga akan menyamai larangan penjualan di 27 buah negara kereta baharu yang dikuasakan oleh petrol atau diesel.

    Penggubal undang-undang EU turut menyokong pengurangan sebanyak 55 peratus dalam CO2 daripada kereta pada 2030 berbanding dengan 2021. Langkah itu memperdalam kewajipan sedia ada pada industri kereta bagi menurunkan pelepasan CO2 sebanyak 37.5 peratus secara purata pada akhir dekad berbanding tahun lepas.

    Sementara itu, pencinta alam sekitar memuji terhadap keputusan parlimen. Pengangkutan & Alam Sekitar, pakatan yang berpangkalan di Brussels, juga berkata, undian itu menawarkan peluang bagi mengelakkan perubahan iklim.” – AP

    Mekanik Frederic Mistre mengubahsuai kereta enjin pembakaran di garaj di Marseille, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...