EU suram selepas rundingan Johnson-Juncker

LUXEMBOURG, 16 SEPT – Britain belum mencadangkan mana-mana alternatif yang dapat dilaksanakan bagi persetujuan pengunduran Brexitnya, kata EU hari ini selepas rundingan bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson berakhir tanpa kejayaan besar.

Ia berkata mesyuarat antara Johnson dan Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jean-Claude Juncker gagal membuahkan sebarang alternatif kepada cadangan ke atas sempadan Northern Ireland yang pemimpin Britain telah tolak.

Johnson telah berikrar untuk memimpin Britain keluar daripada blok itu pada tarikh yang dijadualkan 31 Oktober, meskipun parlimen telah mengarahkannya untuk tidak melakukannya tanpa memeterai sebarang perjanjian bersama Brussels terlebih dahulu.

Perniagaan-perniagaan dan pesaing Brexit berkata meninggalkan EU tanpa perjanjian akan menyebabkan kekacauan ekonomi dengan Britain menamatkan hubungan perdagangan terbukanya kepada EU selepas 46 tahun.

Downing Street menganggap lawatan Luxembourg sebagai sebahagian daripada usaha untuk merundingkan perpisahan teratur daripada kesatuan sebelum sidang kemuncak EU pada 17 Oktober.

Ia menegaskan ia adalah ‘mesyuarat konstruktif’ dan berkata kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mempertingkatkan langkah rundingan dengan pertemuan harian antara perunding.

Namun suruhanjaya memberi penilaian serius sekali lagi, mengatakan sekali lagi UK telah gagal untuk muncul dengan alternatif berdaya maju kepada penyusunan sempadan Ireland.

“Presiden Juncker mengulangi bahawa ia adalah tanggungjawab UK untuk muncul dengan penyelesaian operasi dari segi undang-undang yang sesuai dengan Persetujuan Pengunduran,” menurut kenyataan dari pejabat Juncker. – AFP

Presiden Suruhanjaya EU, Jean-Claude Juncker (kiri) berjabat tangan dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menjelang mesyuarat mereka pada 16 September di Luxembourg. – AFP