BRUSSELS, 25 Jan – Selepas menyekat laluan utama penghijrah dari Timur Tengah, Kesatuan Eropah (EU) minggu ini akan mencari jalan untuk menghalang peningkatan musim bunga yang dikhuatiri dari Libya dan Afrika Utara menyeberangi Mediterranean.
EU kekurangan rakan boleh dipercayai di Libya yang kacau bilau, landas bagi hampir kesemua penyeberangan penghijrah di tengah Mediterranean, sementara beberapa buah kerajaan Afrika di sepanjang rin-tisan utara keberatan untuk bekerjasama, menurut sumber dan pakar-pakar EU.
Suruhanjaya Eropah, eksekutif 28 Negara EU, hari ini dijangka mendedahkan cadangan baru untuk menangani isu itu, sebelum para menteri menanganinya dalam rundingan di Malta esok dan Jumaat.
Perdana Menteri Malta Joseph Muscat, yang negaranya menggunakannya jawatan presiden EU yang dipegangnya selama enam bulan untuk menekankan krisis yang telah teruk menjejaskan pulau itu, memberi amaran dua minggu lalu bahawa EU seharusnya tidak lama lagi mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Libya untuk berusaha mengelak risiko aliran penghijrah ‘yang tidak pernah berlaku sebelum ini’ pada musim bunga.
Pemerdagangan di laluan tengah Mediterranean meningkat dengan mendadak, dengan lebih 180,000 penghijrah mendarat di Itali tahun lalu, berbanding dengan rekod tahunan sebelumnya, iaitu 170,000 pada tahun 2014. – AFP