Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    EU terima sijil vaksinasi dan saringan COVID Malaysia

    KUALA LUMPUR, 4 APRIL – Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Kerajaan Malaysia kini diiktiraf Kesatuan Eropah (EU) untuk mempermudah pergerakan pengembara Malaysia di negara anggota EU.

    Keputusan Suruhanjaya Eropah mengenai pengiktirafan itu berkuat kuasa mulai 4 April 2022.

    Dalam satu kenyataan di laman sesawang EU, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen berkata bagi membolehkan pengiktirafan itu beroperasi, Malaysia akan disambung kepada kerangka kerja Sijil COVID Digital EU yang ditubuhkan di bawah Peraturan (EU) 2021 /953.

    “Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia menepati ‘Sistem Pengurusan Vaksin’ kesatuan itu dan dianggap setara dengan yang dikeluarkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953,” menurut kenyataan itu.

    Bagaimanapun, bagi melindungi kepentingan Kesatuan, khususnya dalam bidang kesihatan awam, Suruhanjaya boleh menggunakan kuasanya untuk menggantung permohonan keputusan itu atau memansuhkannya, jika syarat Perkara 8(2) Peraturan (EU) 2021/953 tidak lagi dipatuhi.

    Malaysia pada 18 Nov 2021 menyediakan maklumat terperinci kepada Suruhanjaya itu mengenai pengeluaran sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 di bawah ‘Sistem Pengurusan Vaksin’.

    “Malaysia memaklumkan kepada Suruhanjaya bahawa ia menganggap sijil COVID-19 dikeluarkan mengikut piawaian dan sistem teknologi, yang saling beroperasi dengan kerangka kerja ditetapkan Peraturan (EU) 2021/953 dan membenarkan pengesahan ketulenan, kesahihan dan integriti sijil-sijil itu,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...