EU tingkatkan tahap risiko

BRUSSELS, 3 MAC – Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) kelmarin meningkatkan tahap risiko jangkitan COVID-19 kepada tahap tinggi, namun Kesatuan Eropah (EU) masih tidak menutup pintu sempadan antara negara anggotanya, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut penilaian ECDC, risiko jangkitan COVID-19 ke atas orang di EU/ EEA (Kawasan Ekonomi Eropah) dan United Kingdom pada tahap ‘sederhana hingga tinggi’. Sebelum ini pada 23 Februari,penilaian adalah ‘rendah hingga sederhana’.

EU berusaha menyelaraskan langkah pencegahan antara negara anggota dalam usaha memastikan persediaan secara menyeluruh.

Republik Czech kelmarin mengikuti langkah beberapa negara lain dengan menggantung operasi penerbangan terus dari kawasan terjejas termasuk Korea Selatan dan utara Itali. – Bernama