Europol: Pandemik cetus peningkatan jenayah beli-belah online

THE HAGUE, 11 NOV – Pandemik koronavirus telah mencetuskan peningkatan ketara dalam penipuan beli-belah online, kata agensi pengawasan Eropah hari ini, mengatakan penjenayah terus mencari mangsa yang bekerja dari rumah.

Europol dalam laporan jenayah siber tahunannya berkata, disebabkan bimbang diperangkap virus telah memacu peningkatan dalam beli-belah online, yang sebaliknya telah mendorong kepada peningkatan dalam penipuan penghantaran dalam tahun kedua pandemik.

“Pelanjutan sekatan pergerakan di seluruh Eropah telah mencetuskan beberapa peluang e-dagang, yang sering dibuktikan menjadi sasaran penjenayah,” kata agensi berpangkalan di Hague itu.

“Penjenayah menawarkan barangan dan menerima bayaran tanpa penghantaran, menipu kedai-kedai online dengan langkah keselamatan lemah, atau menggunakan perkhidmatan penghantaran sebagai umpan pancingan,” katanya.

Telefon bimbit terutamanya sering disasarkan, dengan geng penjenayah menyamar sebagai khidmat penghantaran yang cuba menawarkan maklumat mengenai bungkusan namun dalam realitinya berharap untuk mendapatkan butiran dan akaun pengguna.

Ini termasuk menghantar mesej menerusi SMS dalam telefon bimbit, amalan yang dirujuk sebagai ‘smishing’.

Sementara itu, jaringan gelap terus menjadi tempat pasaran utama bagi aktiviti haram, meskipun kejayaan polis global baru-baru ini menumpaskan laman web haram seperti DarkMarket pada Januari lalu.

Europol berkata mata wang kripto seperti Bitcoin dan Monero kekal menjadi bentuk bayaran paling popular bagi barangan dan perkhidmatan haram dalam jaringan gelap itu.

Senjata itu kelihatannya semakin diperdagangkan dalam jaringan gelap serta menerusi kumpulan sembang yang diinskripsi, kata Europol. – AFP