EV tumpuan Pameran Auto Los Angeles

LOS ANGELES, 18 NOV – Kenderaan-kenderaan berkuasa bateri akan menjadi tumpuan utama di Pameran Auto Los Angeles, yang dibuka minggu ini selepas tergendala akibat wabak koronavirus.

Subaru, yang menyaksikan pertumbuhan jualan kukuh di Amerika Syarikat (AS) pada dekad lalu, akan mendedahkan kenderaan elektrik pertamanya, jenis SUV dinamakan Solterra.

VinFast, pembuat kereta Vietnam yang merancang untuk memulakan jualan di AS tahun hadapan, akan mempamerkan dua kenderaan SUV semua elektrik. Pameran auto semakin berkurang kepentingannya kerana syarikat-syarikat auto telah memutuskan untuk mengelak perbelanjaan dan hanya mendedahkan kenderaan mereka di acara mereka sendiri.

Pembuat kereta menunjukkan kenderaan baharu hanya dalam 10 persidangan berita yang dirancang bagi pertunjukan LA tahun ini, kebanyakannya dari syarikat permulaan kenderaan elektrik.

Pada 2019, pameran itu mengatakan ia mempunyai 25 pendedahan global daripada pembuat kereta.

Namun pertunjukan itu masih lagi menjadi tarikan besar bagi para pelanggan di kawasan metro yang mahu menyaksikan apa yang baharu, di bawah satu bumbung. – AP

Para pengunjung melihat model kenderaan baharu yang diperkenalkan semasa previu media di Pameran Auto Los Angeles 2021, AS, pada 17 November. – Xinhua