MONTE CARLO, 15 APRIL – Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic tersingkir dari Masters Monte Carlo pada perlawanan peringkat 16 akhir hari ini berikutan kekalahan mengejutkan 6-4, 7-5 menentang pemain Britain, Dan Evans.
Djokovic, juara Monte Carlo pada tahun 2013 dan 2015, dimalukan oleh pemain ranking ke-33 dunia, Evans dan merupakan kekalahan pertama Djokovic tahun ini, setelah memenangi gelaran Terbuka Australia yang kesembilan pada Februari lalu.
Evans, yang sebelum ini mengalahkan pemenang Terbuka Miami bulan ini, Hubert Hurkacz pada pusingan sebelumnya, akan menentang pemain pilihan ke-11 David Goffin untuk menempah tempat ke separuh akhir.
Sementara itu, Goffin menewaskan naib juara Terbuka AS, Alexander Zverev 6-4, 7-6 (9/7) pada perlawanan yang berasingan.
Djokovic yang kenali sebagai pemain yang luar biasa melakukan 45 kesilapan terhadap Evans, yang tidak pernah memenangi perlawanan jelajah tanah liat sejak April 2017 sebelum minggu ini.
“Sejujurnya ini adalah salah satu perlawanan terburuk dari pasukan saya yang saya ingat dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Djokovic.
“Saya merasa teruk di atas gelanggang secara keseluruhan. Tidak ada yang berjaya. Hari yang teruk bagi saya.
“Itu hanya persembahan yang mengerikan. Saya tidak dapat mengambil keputusan positif dari perlawanan ini. Ini pasti meninggalkan perasaan pahit apabila keluar dari gelanggang dengan cara ini.” – AFP