Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Evenepoel, Alaphilippe intai gelaran dunia ketiga

    WOLLONGONG, AUSTRALIA, 16 SEPT – Julian Alaphilippe berdepan ujian besar di Australia dalam usahanya merebut gelaran perlumbaan jalan ketiga berturut-turut pada kejohanan dunia berbasikal akibat kemalangan, kecederaan dan wabak COVID.

    Pelumba Perancis itu telah terlepas banyak perlumbaan sepanjang tahun ini selepas mengalami kecederaan serius dalam perlanggaran semasa Liege-Bastogne-Liege pada April dan seterusnya dijangkiti COVID.

    Pelumba Quick-Step berusia 30 tahun itu tidak cergas untuk Tour de France pada Julai tetapi kembali ke Vuelta a Espana baru-baru ini namun berakhir di peringkat 11, akibat kecederaan bahu.

    “Dia lebih banyak menghabiskan masanya di hospital berbanding perlumbaan,” kata pengurus pasukan Perancis, Patrick Lefevere.

    Pasangan Belgium Wout van Aert dan Remco Evenepoel bersedia untuk mengambil kesempatan sepenuhnya pada kejohanan pada 18-25 September di bandar pesisir pantai Wollongong, 80 kilometer dari selatan Sydney. – AFP

    Aksi Remco Evenepoel dari Quick-Step Alpha Vinyl menjulang trofinya di podium selepas memenangi perlumbaan berbasikal La Vuelta di Madrid, Sepanyol pada 11 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...