PARIS, 2 OGOS – Remco Evenepoel dan rakan sepasukannya dari Belgium, bersama-sama dengan kebanyakan nama besar dalam perlumbaan jalan raya di Sukan Olimpik Paris, mengayuh perlahan dalam karavan awal minggu ini ketika penunggang basikal melakukan tunggangan tinjaun perlahan terhadap laluan yang akan mereka hadapi pada Sabtu.
Litar penamat melalui kawasan pelancongan yang sibuk di Montmartre, di mana gereja Sacre Coeur menjulang tinggi di atas bandar, sepatutnya ditutup untuk perlumbaan tersebut. Tetapi dengan terlalu ramai pejalan kaki dan lalu lintas untuk dikawal, para penunggang terpaksa berpuas hati dengan perlumbaan terkawal pada kelajuan 30 kph (18 mph) terhadap apa yang mungkin menjadi titik penentu di laluan itu.
Pelumba pilihan utama dalam perlumbaan lelaki memutuskan bahawa ia tidak berbaloi.
Sebaliknya, Mathieu van der Poel menuju ke kawasan luar bandar untuk latihan sendiri. Dia kemudiannya menjelaskan kepada akhbar Belanda, Algemeen Dagblad bahawa ia tidak berbaloi ‘mengorbankan seluruh petang untuk berbasikal dengan kelajuan pelancong.’
“Saya tidak merasakan itu sangat berguna,” katanya. “Terdapat banyak video mengenai laluan itu.”
Awda boleh yakin bahawa van der Poel dan penunggang yang lain akan bergerak lebih pantas daripada ‘kelajuan pelancong’ dengan pingat menjadi taruhan.
Perlumbaan jalan raya lelaki dan wanita secara tradisinya memulakan program berbasikal di Sukan Musim Panas, tetapi jadual telah diubah untuk Paris. Lelaki dan wanita sebaliknya bersaing dalam ujian masa semasa hujan dan berbahaya Sabtu lalu, Evenepoel berjaya mengatasi keadaan sukar untuk memenangi pingat emas lelaki dan Grace Brown dari Australia meraih emas dalam perlumbaan wanita, sebelum basikal gunung, gaya bebas BMX dan perlumbaan BMX menjadi tumpuan utama di tempat-tempat yang tersebar di seluruh wilayah. – AP