Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Evenepoel cemerlang di Vuelta a Espana

    LES PRAERES, SPAIN, 29 OGOS – Remco Evenepoel merapatkan cengkamannya di Vuelta a Espana menjelang Ahad ketika peringkat kesembilan berakhir di tanjakan curam di mana Louis Meintjes dari Afrika Selatan menang selepas rehat panjang.

    Di pentas yang didakwa oleh penganjur berpotensi sebagai penentu, pelumba Belgium berusia 22 tahun Evenepoel adalah 52 saat lebih pantas berbanding juara bertahan, Primoz Roglic.

    Cabaran utama hari itu adalah pendakian kelima dan terakhir, sepanjang 4km pada kecerunan purata 12.5%.

    Dalam perlumbaan sejauh 17km dari pantai Cantabrian ke puncak gunung pedalaman Les Praeres de Nava, Evenepoel melebarkan pendahuluan keseluruhnannya kepada 1 minit 12 saat ke atas Enric Mas dan 1 minit 53 saat ke atas Roglic Jumbo-Visma.

    Gandingan Ineos, Tao Geoghegan Hart dan Pavel Sivakov kini mendahului sekitar 5 minit di hadapan, manakala pelumba British, Simon Yates berkata dia sedang mempamerkan prestasi yang baik dan berada 3 minit 08 saat di hadapan.

    Remco Evenepoel meraikan kemenangan selepas peringkat ke-9 jelajah berbasikal La Vuelta 2022 di Sepanyol – AFP

    Pelumba Sepanyol, Inoes berusia 21 tahun, Carlos Rodriguez, masih berada di tempat keenam dengan 2 minit 08 saat.

    “Berada di podium dalam Jelajah Besar merupakan satu impian menjadi kenyataan,” Kata Rodriguez.

    Penunggang Quick-Step, Evenepoel sekali lagi telah dipersiapkan dengan cemerlang oleh mentornya yang tidak mengenal penat lelah, juara perlumbaan dunia Julian Alaphilippe, yang cuba melarikan diri daripada saingan, sebelum melakukan keajaiban pada pendakian terakhir.

    “Saya sangat kagum dengan Julian, dan saya sangat gembira dengan pasukan saya,” Kata Evenepoel.

    Evenepoel memecut dengan 2.5km dalam pendakian terakhir untuk mengecewakan pelumba yang lain. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...