Evenepoel kembali ke Belgium selepas kemalangan

BRUSSELS, 18 OGOS – Pelumba basikal Belgium, Remco Evenepoel telah dihantar pulang dari Itali kelmarin untuk meneruskan proses pemulihannya dari kecederaan rentak pelvis yang dialaminya dalam kemalangan Tour of Lombardy penghujung musim.

Meskipun dia terpaksa menderita selama berminggu-minggu, pelumba berusia 20 tahun itu telah membuat pesanan kepada peminat selepas dipindahkan ke hospital di Herentals. “Apa khabar semua, saya ingin memberitahu bahawa saya dalam keadaan yang sihat pada masa ini,” dia berkata menerusi video yang dimuat naik oleh rakan sepasukannya, Deceuninck-QuickStep menerusi Twitter.

“Malangnya musim saya sudah berakhir tetapi saya tidak terburu-buru untuk kembali,” tambahnya.

“Kami akan memulakannya dengan perlahan dan sangat berhati-hati dan tidak sabar untuk beraksi musim depan.”

Evenepoel memulakan perlumbaan klasik hari pertama pada Sabtu lalu sebagai pelumba pilihan selepas memenangi empat perlumbaan tahun ini. Tetapi hasratnya untuk menaiki podium di Lombardy berakhir secara dramatik apabila dia hilang kawalan pada jalan yang curam di Colma di Sormano menuju ke penamat di Lake Como, melanggar dinding jambatan dan jatuh enam meter ke dalam jurang. – AFP