Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eversendai Offshore keluarkan kapal pengangkat naik sendiri pertama

    KUALA LUMPUR, 3 Mei – Eversendai Offshore hari ini mengeluarkan kapal pengangkat ARYAN, iaitu kapal pertama lGustoMSC NG-2500X naik sendiri.

    Ketua Pegawai Eksekutif Eversendai Offshore, Narish Nathan berkata, ini merupakan peristiwa penting kerana ia membuktikan rancangan mempelbagaikan perniagaan syarikat tersebut ke dalam industri luar pesisir minyak dan gas serta marin, berada di landasan yang betul.

    “Kami juga gembira untuk menyatakan yang pembinaan kapal pengangkat di limbungan fabrikasi kami di Ras Al Khaimah di Emiriah Arab Bersatu telah mencatat rekod Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran yang baik.

    “Keadaan ini hanya boleh berlaku dengan pasukan yang berpengalaman dan diurus dengan baik di Eversendai Offshore,” tambahnya.

    Sementara itu, syarikat berkenaan telah ditauliahkan untuk membina dua bot pengangkat oleh Vahana Offshore, pengendali dan penyedia perkhidmatan untuk aktiviti luar pesisir. Bot pengangkat ARYAN disasarkan untuk diserahkan pada suku ketiga 2017. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda