Thursday, February 20, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Everton berbelanja sakan

    LONDON, 18 Julai – Jendela perpindahan sibuk Everton tidak menunjukkan sebarang petanda berhenti selepas mereka mengumumkan pembelian pemain pertahanan Cuco Martina dari Southampton dengan perpindahan percuma.

    Pemain berusia 27 tahun itu telah menandatangani perjanjian selama tiga tahun di Goodison Park dan sekali lagi bersatu semula dengan pengurus Ronald Koeman, yang telah melatihnya di Southampton.

    Pemain kelahiran Belanda, Martina, yang telah mengetuai Curacao di peringkat antarabangsa, menjadi penandatangan ketujuh Everton, menyertai Wayne Rooney, Sandro Ramirez, Henry Onyekuru, Davy Klaassen, Jordan Pickford dan Michael Keane di kelab Liga Perdana itu.

    Martina, yang telah bermain sebanyak 36 kali untuk Southampton menyatakan bahawa cita-cita Everton menjadi sebab utama dia menyertai kelab itu.

    “Everton adalah sebuah kelab besar dengan cita-cita besar dan saya tidak sabar untuk menyertai kumpulan pemain dan pengurus ketika kami melangkah mendekati musim depan,” kata Martina.

    Cuco Martina (kiri) ketika beraksi menentang Everton musim lalu. Martina kini telah menyertai Everton dengan percuma dari Southampton. – AP
    Cuco Martina (kiri) ketika beraksi menentang Everton musim lalu. Martina kini telah menyertai Everton dengan percuma dari Southampton. – AP

    “Setentunya, saya mengenali pengurus ketika saya di Southampton, jadi saya tahu apa yang dimahukannya dan tahu apa yang saya mampu lakukan.”

    Bos Everton, Koeman berkata bahwa versaliti Martina adalah faktor besar bagi perpindahan itu.

    “Cuco Martina merupakan pemain sangat berpengalaman, boleh bermain di pelbagai posisi di belakang, itu yang penting,” kata Koeman.

    “Saya membawa pemain itu ke Southampton, jadi saya tahu apa dia mampu lakukan untuk kami di sini dan sebab itu saya kini membawanya ke Everton. Dia adalah seorang pemain yang akan mengukuhkan skuad kami dan mampu bermain di pelbagai posisi ketika diperlukan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda