Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Everton sekat kemaraan Chelsea

    LONDON, 19 MAC – Catatan tiga kemenangan berturut-turut Chelsea dalam semua kejohanan tercalar selepas Everton kembali bangkit dua kali untuk meraih keputusan seri 2-2 di Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

    Abdoulaye Doucoure menjaringkan gol penyamaan dan membantu pemain gantian, Ellis Simms untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-89, sekali gus memberikan satu mata berharga buat Everton yang berjuang untuk mengelak penyingkiran.

    Simms meledak gol sulung untuk Everton, namun dia menunjukkan ketenangan dan keyakinan ketika diasak oleh pemain pertahanan dan menewaskan penjaga gol, Kepa Arrizabalaga dengan percubaan rendah dari sudut yang sempit di Stamford Brigde.

    Chelsea memburu kemenangan ketiga berturut-turut dalam liga namun gagal mencipta peluang pada separuh masa pertama menentang pasukan Everton yang bertahan dengan kental.

    Kemudian kembali ‘hidup’ selepas separuh masa.

    Joao Felix memecah kebuntuan pada minit ke-52 menerusi rembatan rendah menewaskan Jordan Pickford dan penyerang Amerika Syarikat, Christian Pulisic, yang membuat permulaan pertama sejak 5 Januari, merasakan berjaya menggandakan kedudukan, namun keputusan gol dibatalkan kerana pemain itu berada di kedudukan ofsaid.

    Sebaliknya, Doucoure yang berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan dari sepakan sudut pada minit ke-69 menewaskan Kepa dan melepasi garisan gol sebelum dikeluarkan oleh Kai Havertz.

    Namun Chelsea kembali di hadapan selepas Reece James dikasari dalam kotak penalti dan Havertz mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-76.

    Simms dimasukkan sejurus itu dan meledak gol penyamaan dengan tenang selepas menerima hantaran daripada Doucoure. Dengan keputusan tersebut, Everton kini dua mata di atas zon penyingkiran di tangga ke-15. Sementara itu Chelsea menghuni kedudukan ke-10. – AP

    Reaksi Kai Havertz selepas menjaringkan gol untuk Chelsea di Stamford Bridge, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...