Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Everton selamat dari penyingkiran

    LIVERPOOL, 20 MEI – Everton terselamat daripada penyingkiran Liga Perdana selepas berjaya menundukkan Crystal Palace 3-2 menerusi kebangkitan semula pada babak kedua perlawanan yang mendebarkan ketika ketinggalan 2-0 di hadapan penonton Goodison Park yang riuh.

    Pengurus Palace, Patrick Vieira mengusir keluar seorang peminat tatkala penyokong berlari ke padang dalam sambutan dua kali selepas gol kemenangan Dominic Calvert-Lewin, lima minit sebelum tamat perlawanan dalam adegan huru-hara selepas wisel penamat.

    Vieira enggan mengulas mengenai insiden yang berlaku ketika dia dikerumuni penyokong Everton dalam perjalanan pulang ke bilik persalinan pelawat.

    Beberapa siri kesilapan daripada pertahanan anak buah Frank Lampard telah membawa kepada dua jaringan gol menerusi Jean-Phillippe Mateta dan Jordan Ayew yang meletakkan Palace di hadapan perlawanan sebelum rehat.

    Michael Keane menghidupkan harapan Everton pada minit ke-54 sebelum Richarlison menyamakan kedudukan 15 minit sebelum tamat permainan.

    Masalah kecederaan Calvert-Lewin telah menjadi punca utama perjuangan Everton musim ini tetapi pemain antarabangsa England itu mencipta gol penting di saat kelab amat memerlukannya apabila beliau menyambut sepakan percuma Demarai Gray dengan tandukan terjun.

    Persaingan bagi mengelak penyertaan Norwich dan Watford dalam Kejohanan musim depan kini adalah di antara Burnley dan Leeds. – AFP

    Aksi pemain Everton, Alex Iwobi (kiri), dan pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...