Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Everton tambah derita Man United

    LIVERPOOL, 10 APRIL – Everton meraih kemenangan berharga ke atas Manchester United semalam selepas tewas 0-1 di Goodison Park sementara Chelsea membelasah Southampton 6-0 pada hari penentu dalam kempen memburu empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Selepas tersingkir daripada semua kejohanan menawarkan piala, United memburu kemenangan penting untuk menyamakan kedudukan mata dengan Tottenham Hotspur di tangga keempat.

    Tetapi tugas mereka tampak sukar apabila Anthony Gordon meletakkan Everton di depan pada babak pertama.

    Toffees yang pastinya lega selepas melepasi zon penyingkiran gagal mengekalkan momentum pada babak kedua namun United gagal memanfaatkan peluang untuk menyamakan kedudukan.

    Peluang terbaik pada lewat permainan gagal disempurnakan Cristiano Ronaldo sekali gus United jatuh ke tangga ketujuh, tiga mata di belakang Spurs yang akan menentang Aston Villa awal hari ini.

    Everton cekal bertahan dan kemenangan berharga itu membolehkan mereka empat mata di atas pasukan di tangga ke-18 Burnley yang akan berkunjung ke Norwich City hari ini.

    “Kami gagal jaringkan gol malah gagal mencipta peluang terbaik, “ kata penjaga gol United, David de Gea kepada Sky Sports. “Secara jujurnya, saya tak tahu nak kata apa.

    “Kami tidak cukup bagus, itu yang pasti. Kedudukan kami semakin sukar untuk menduduki empat teratas. Sangat kecewa tewas hari ini.” – AFP

    Reaksi Cristiano Ronaldo semasa perlawanan EPL di antara Everton dan Manchester United di Goodison Park, Liverpool, England pada 9 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...