Everton tambah derita The Foxes

LIVERPOOL, 2 JULAI – Leicester terus bergelut apabila mengalami kekalahan 2-1 di Everton memberikan kejutan kepada pemburu tempat Liga Juara-Juara musim depan.

Pasukan Brendan Rodgers masih boleh menarik nafas lega kerana kekal berada di tempat ketiga berikutan kekalahan Chelsea di West Ham semalam, dengan Manchester United dan Wolves hanya ke-tinggalan tiga mata di belakang Foxes.

Leicester sebelum ini terikat seri semasa perlawanan menentang Watford dan Brighton dalam dua perlawanan liga pertama mereka sejak Liga Perdana Inggeris kembali semula dan tersingkir dari Piala FA apbila tewas di tangan Chelsea pada Ahad lalu. Pasukan Brendan Rodgers ketinggalan dua gol di awal perlawanan pada minit ke-16.

Richarlison menjaringkan gol pembukaan melalui hantaran lintang pemain 19 tahun, Anthony Gordon.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Wilfried Ndidi didapati handball setelah tinjauan VAR beberapa minit.

Gylfi Sigurdsson dengan tidak gementar berjaya menjaringkan sepakan penalti yang juga merupakan jaringan sepakan penalti pertama untuk Everton dalam liga selama lebih dari setahun, walaupun dia mengalami masalah pada kempen musim lalu kerana sepakan penaltinya berjaya diselamatkan Kasper Schmeichel.

Pasukan Rodgers memberikan impak yang baik pada separuh masa kedua perlawanan ketika dia menurunkan James Maddison dan Kelechi Iheanacho tetapi gagal menemukan gol penyamaan. – AFP

Aksi Wilfred Ndidi dari Leicester ketika berdepan dengan Gylfi Sigurdsson yang cuba menghentikannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Everton dan Leicester di Goodison Park, England, semalam. – AP