PARIS, 26 Jan – Pemain pertahanan veteran Perancis, Patrice Evra telah menandatangani untuk menyertai Marseille semalam secara percuma dari Juventus dengan kontrak selama 18 bulan, umum kelab Ligue 1 tersebut.
Pemain bek kiri berusia 35 tahun itu, telah dikaitkan untuk kembali ke Manchester United, telah menjalani ujian perubatan selepas dilepaskan enam bulan yang lalu daripada kontraknya bersama juara Itali, Juventus.
Ketibaan Evra akan secara rasminya didedahkan di sidang media hari ini bersama dengan presiden Marseille, Jacques-Henri Eyraud dan pengarah sukan, Andoni Zubizarreta.
Pemain tengah Marseille, Remy Cabella berkata ketika ditanya mengenai Evra: “Saya mengenali Evra dengan sangat baik dalam pasukan Perancis, dia adalah seorang kapten yang menemukan satu kumpulan dan suka bercakap, jadi ia adalah baik untuk kami dan kelab jika dia di sini, dia adalah pemain yang hebat.” – AFP
