Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ex SOASC berbagi rezeki

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Kumpulan WhatsApp Bekas Penghuni Asrama Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (Ex SOASC Hostelites) buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Mulia Berbagi di sebuah rumah di Kampung Tanjung Nangka, Sengkurong.

    Majlis sempena bulan Ramadan tahun ini itu bertujuan untuk memberikan bantuan barangan asasi kepada ahli-ahli yang kurang bernasib baik dan dalam kesusahan.

    Hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada sembilan orang ahli ialah Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arsad.

    Majlis juga diselajurkan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah khusus untuk ahli-ahli kumpulan yang telah kembali ke rahmatullah.

    Sementara itu, seramai 13 orang saudara baharu dari Kuala Ungar, Tutong, juga akan diberikan bantuan barangan asasi.

    Mereka terdiri daripada keluarga yang tinggal berdekatan dengan Rumah Amal Darul Mutaqim. Rumah amal itu telah dibina oleh kumpulan berkenaan pada 2019 dan juga digunakan sebagai balai ibadat.

    Hubungan silaturahim antara kumpulan itu dengan masyarakat mualaf di Kuala Ungar itu telah terjalin sejak rumah amal tersebut dibina.

    Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli menyampaikan sumbangan keapda salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...