Expedia pecat 3,000 pekerja

WASHINGTON, 25 FEB – Syarikat gergasi pelancongan online, Expedia akan mengurangkan 3,000 pekerjaan di seluruh dunia selepas syarikat itu berdepan prestasi yang dikatakannya ‘mengecewakan’ dalam 2019, media AS melaporkan hari ini.

Firma itu yang mengoperasi laman web kemegahan itu dan juga beberapa laman web termasuk Hotels.com, Hotwire, Travelocity, Cheaptickets, Egencia dan CarRentals.com mengatakan keputusan dibuat selepas menentukan bahawa ia ‘mengejar objektif pertumbuhan dalam cara tidak sihat dan tidak berdisiplin’ menurut satu e-mel yang dihantar kepada staf.

“Saya yakin dengan mempermudah rangka perniagaan dan menjelaskan lagi fokus kita melalui perubahan sukar ini, pasukan kita akan kembali bekerja dalam projek-projek dan keutamaan yang memberi makna kepada kami, pelanggan kami dan rakan kongsi kami,” kata pengerusi Expedia, Barry Diller dalam satu kenyataan kepada The Seattle Times.

Pada sidang media mendedahkan pendapatannya 13 Februari lalu, Diller menggelar organisasi itu ‘menggelembung’ dan mengatakan banyak pekerja tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lalukan. Diller juga mengatakan bahawa dia berhasrat menjimatkan AS$300-500 juta dalam 2020.

Sepanjang 2019, jualan meningkat lapan peratus, pendapatan bersih empat peratus dan pendapatan melalui saham enam peratus. – AFP