Monday, September 26, 2022
23.8 C
Brunei

Expereo lancar SD-WAN Gateways

-

AMSTERDAM, BELANDA, 24 JAN – Expereo, penyedia global terkemuka bagi penyelesaian Internet terurus, SD-WAN, SASE dan Cloud Access, telah mengumumkan pelancaran SD-WAN Gateways. Perkhidmatan baharu ini meningkatkan prestasi SD-WAN untuk perusahaan yang mempunyai jejak global untuk menyokong strategi berbilang awan mereka dan meningkatkan prestasi aplikasi.

SD-WAN Gateways membolehkan rangkaian global perusahaan mempertingkatkan pengalaman SD-WAN antara pusat data dan tapak hab di peringkat serantau dan global, tanpa menjejaskan prestasi dalam negara. Perusahaan boleh menggabungkan penyelesaian SD-WAN sedia ada mereka dengan Expereo SD-WAN Gateways, untuk mengoptimumkan pengalaman aplikasi pengguna akhir dan mengurangkan kos operasi.

Perkhidmatan baharu ini memanfaatkan tawaran perkhidmatan SD-WAN terurus Expereo yang dilengkapi dengan teknologi pengoptimuman penghalaan BGP pintar proprietari, mengoptimumkan capaian SaaS dan akses kepada awan awam dan peribadi, mengatasi had Internet.

“Perniagaan sedang memasuki era berbilang awan yang tidak membolehkan Internet untuk sentiasa memberikan kualiti yang konsisten untuk membolehkan aplikasi mereka berfungsi dengan lancar.

Salah satu faedah utama SD-WAN Gateways ialah dapat menggabungkan infrastruktur rangkaian berskala dengan prestasi WAN yang dipertingkatkan yang meningkatkan prestasi aplikasi anda. Ini menghasilkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi,” komen Sander Barens, CPO Expereo. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -