Express tampil wajah serba baharu

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Restoran makanan segera Express telah melancarkan semula cawangannya di Kiulap yang menampilkan reka bentuk serba baharu di samping memperkenalkan menu baharu.

Pengenalan nuget ayam bakar, Chick’n Crunch Burger, Apple Pie, Milo Milkshake dan Sundae dalam menunya itu menandakan perkembangan terkini Express dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggannya.

Chick’n Crunch Burger mengandungi dua isi ayam dan disertakan dengan sos khas yang pastinya menarik pelanggan.

Express yang terkenal dengan pai ayam mereka, juga telah memperkenalkan pai epal klasik, dibakar segar setiap hari yang boleh disajikan tanpa atau dengan aiskrim vanila lembut.

Nuget ayam yang baru diperkenalkannya pula merupakan produk buatan sendiri yang dihasilkan 100 peratus menggunakan tangan dengan ayam segar setiap hari. Tersedia dalam enam ketul, 10 ketul dan 20 ketul, nuget ayam juga disediakan dengan empat sos yang berbeza.

Dalam pada itu, Express juga telah mengumumkan kembalinya menu kegemaran pelanggan, Beef Frankfurter yang pertama kali diperkenalkan lebih dari 20 tahun yang lalu. Sempena pelancaran semula cawangan berkenaan, Express menawarkan promosi Upsize ke semua set menu yang ada bermula hari ini hingga hujung minggu ini.

Cawangan restoran makanan segera Express yang dilancarkan semula di Kiulap baru-baru ini. – Gambar oleh Muiz Matdani