Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Eyka sentiasa jaga penampilan

    Pelakon Eyka Farhana lebih selesa menjadi diri sendiri dalam berpakaian biarpun ada yang berpendapat dia semakin seksi.

    Eyka atau nama sebenar, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, mengaku masih tahu menjaga penampilan dan busana pilihannya tidaklah melampaui batasan.

    “Rasanya daripada segi berpakaian, dari dahulu lagi, jika saya selesa, saya pakai.

    “Melihat laman sosial sekarang, saya tidak fikir saya seorang sahaja yang berpakaian menonjol.

    “Bukannya saya berpakaian hingga menampakkan ‘lurah dendam’ (bahagian atas payudara) atau sebagainya,” katanya kepada wartawan.

    Eyka mengaku memilih persalinan yang selesa dipakai dan sentiasa berusaha menjaga penampilan biarpun dikatakan semakin seksi sejak akhir-akhir ini. – Agensi

    Tambah pelakon Dukun Diva ini, dia tidak mahu bersikap hipokrit, sebaliknya, selesa menunjukkan dirinya yang sebenar termasuk melalui laman sosial.

    “Saya pakai apa yang selesa. Saya rasa semakin lama, pengikut saya sudah boleh terima perkara ini. Saya tidak mahu apabila orang jumpa depan-depan, berbeza dengan apa yang saya kongsi dalam laman sosial.

    “Jadi, lebih baik saya jadi diri sendiri dan selesa begini,” katanya yang baru sembuh daripada jangkitan COVID.

    Eyka yang ditemu ramah pada majlis pratonton filem lakonannya, Autumn In Wales, berkongsi mengenai buah tangan terbaharunya itu.

    Memegang watak Aira, Eyka mengaku berdepan cabaran berbeza apabila perlu menghidupkan watak komedi.

    “Saya terima watak ini kerana sudah biasa bekerja dengan pengarah, Rahila Ali.

    “Jadi, apabila selesa bekerja, saya fikir mengapa tidak saya terima watak gadis lantang dan gedik ini.

    “Apatah lagi bekerja dengan Jaa Suzuran yang juga kawan baik saya. Kami di bawah syarikat pengurusan sama. Alhamdulillah, bekerja dengan mereka semua di set penggambaran, sangat senang dan seronok,” katanya.

    Filem terbitan Pencil Pictures and Records ini turut menampilkan pelakon lain seperti Keith Foo, Wanna Ali, Amyza Adnan, Joey Daud dan Fara Mendoza.

    Autumn In Wales menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom (UK) dan mula ditayangkan tidak lama lagi.

    Selain itu, Eyka bakal tampil dalam drama Bila Hati Memilih Dia. Drama yang menggandingkan Eyka bersama Aedy Ashraf itu akan ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 pada 28 Mac depan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...