Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Ezad Lazim jadi mangsa berita palsu

Penyanyi, Ezad Lazim, 43, memberi amaran kepada individu yang mereka dan menyebarkan cerita palsu tentang kematiannya agar menghentikan tindakan tersebut.

Tegas vokalis kumpulan Exists ini, sekiranya perkara itu berulang, dia akan mengikut saranan yang diberikan, mengambil tindakan undang-undang terhadap dalang disebalik jenayah berkenaan.

“Saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan dengan melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa sekiranya pelaku tidak dapat pengajaran dan masih mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.

“Langkah ini bukan sahaja untuk saya, malah untuk rakan artis lain yang turut berdepan masalah yang sama.

“Buat masa sekarang, saya masih boleh bersabar dan memaafkan. Tetapi sekiranya ia berlaku lagi, saya akan ambil tindakan,” katanya kepada wartawan.

Ezad sekali lagi menjadi mangsa apabila tular berita mengenai kematiannya. – Agensi

Berita palsu berkenaan kematian Ezad tular baru-baru ini.

Penyanyi ini turut memaklumkan perkara itu bukan pertama kali berlaku kepadanya.

“Saya tidak pasti siapa yang mereka cerita ini, tetapi ramai yang menghantar mesej di Instagram dan Facebook, memohon maaf kerana terlibat menyebarkan berita palsu berkenaan. Rata-ratanya berumur belasan tahun.

“Ada yang mencadangkan agar saya ambil tindakan, buat laporan ke pihak berkuasa atau failkan saman terhadap pelaku.

Kata Ezad lagi, dia keliru dan tidak tahu tujuan dan niat pelaku mengada-adakan fitnah tentang dirinya. Harapannya agar kesalahan itu segera dihentikan kerana telah mengelirukan ramai pihak.

“Saya kesal, tajuk artikel menyatakan saya meninggal dunia, walhal kandungan artikel menceritakan tentang keluarga saya yang meninggal dunia.

“Zaman sekarang ramai yang sekadar baca tajuk artikel berbanding keseluruhan penulisan. Tolong jangan buat perkara yang mengelirukan masyarakat,” pintanya. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -