Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Ezad lazim jawab dakwaan disisihkan sebagai vokalis

    Penyanyi Ezad Lazim menyangkal dakwaan kononnya berlaku perselisihan faham antara dirinya dengan anggota kumpulan Exists susulan ketiadaan namanya dalam Konsert Resolusi Exists pada November depan.

    Menjelaskan hal berkenaan, Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 43, berkata, ketiadaannya disebabkan sudah terikat dengan komitmen lain sebelum perancangan konsert itu dibuat sehingga terpaksa menolak tawaran tampil bergabung dengan kumpulan berkenaan.

    “Selepas pengumuman konsert tersebut ramai bertanya adakah saya disisihkan daripada Exists sehinggakan apabila saya buat status luahan di laman sosial pun ada yang salah anggap.

    “Saya dan Exists tidak pernah bermusuhan dan kami pernah berbincang tentang konsert itu sebelum ini. Malah saya yang akan jadi vokalis utama pada persembahan itu nanti.

    “Bagaimanapun disebabkan komitmen kerja dan jadual yang padat sepanjang November nanti, saya mengambil keputusan untuk tidak terlibat,” katanya kepada wartawan.

    Tambah Ezad, dia bersama Exists sudah berbincang dengan pihak penganjur untuk mengubah tarikh konsert bagi membolehkan dia menyertai persembahan itu namun ia tidak dapat dilaksanakan.

    Sementara itu, Ezad memberitahu pada November dia juga akan mengadakan sebuah persembahan mini di Pulau Langkawi, Kedah dan berharap acara itu tidak dilihat sebagai satu saingan terhadap Konsert Resolusi Exists. Jelas Ezad, persembahan itu sudah dirancang terlebih awal dan kebetulan ia diadakan pada bulan sama dengan konsert tersebut.

    “Saya sendiri akan mengadakan persembahan mini pada November depan di Pulau Langkawi. Tiada niat bersaing, cuma tak sangka persembahan yang sudah dirancang lebih awal diadakan pada bulan sama,” jelasnya. – Agensi

    Ezad menjelaskan ketiadaannya dalam Konsert Resolusi Exists  disebabkan sudah terikat dengan komitmen lain. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...