Saturday, October 1, 2022
33.3 C
Brunei

Ezee Clean lancar dewan pameran baharu

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Ezee Clean Sdn Bhd mencatatkan satu mercu tanda utama dalam penubuhannya apabila melancarkan dewan pameran pertamanya di New Muhibbah Complex II, Kampung Menglait, hari ini.

Hadir untuk menyempurnakan pelancaran dewan pameran berkenaan ialah Mantan Gabenor Daerah, Daerah 3310 Rotary Antarabangsa, Jeffrey Yong. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pengurus Besar Ezee Clean, Eddie Kong, Pengarah Urusan Ezee Clean, Chris Wong serta jemputan khas.

Dalam kata alu-aluannya, Chris menyatakan bahawa pelancaran dewan pameran itu merupakan salah satu mercu tanda utama bagi syarikat berkenaan di mana ia akan mengukuhkan lagi keberadaannya di pasaran.

Ia juga sebagai satu usaha untuk mengembangkan lagi operasinya dengan memanfaatkan strategi perniagaan Online-To-Offline (O2O) dengan matlamat untuk menyediakan kemudahan kepada pengalaman pembelian di kedai serta pembelian dalam talian.

Majlis diteruskan dengan pelancaran dewan pameran yang disempurnakan bersama oleh Jeffrey Yong, Eddie Kong dan Chris Wong. Dewan pameran itu dibuka bagi kunjungan orang ramai di mana ia merupakan pusat sehenti bagi bekalan pembersihan perindustrian dan pakej perkhidmatan termasuk pembersihan komersial, pembersihan domestik dan kawalan serangga perosak yang menepati keperluan serta bajet klien.

Dewan pameran itu bermatlamat untuk meningkatkan lagi keberadaan produk-produk dan perkhidmatan serta manfaat penyelesaian pembersihan yang ditawarkan oleh Ezee Clean.

Orang ramai juga berpeluang untuk mencuba sendiri produk-produk yang ditawarkan di kawasan ujian iaitu sebuah kawasan khas yang disediakan bagi mencuba produk sebelum membuat pembelian.

Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada konsultan jualan yang menawarkan nasihat pakar bagi menjawab sebarang pertanyaan serta membantu pelanggan untuk menempah pakej perkhidmatan mereka.

Jeffrey Yong (tengah), Eddie Kong (kanan) dan Chris Wong memotong reben menyempurnakan pelancaran Dewan Pameran Ezee Clean Sdn Bhd, kelmarin.
Jemputan khas melihat dengan lebih dekat produk-produk yang ditawarkan di Dewan Pameran Ezee Clean Sdn Bhd.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -