Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ezra Miller ditahan sebab mengamuk

    Tidak pernah serik dengan kes sebelum ini, pelakon Ezra Miller sekali lagi ditahan polis atas kesalahan mencederakan orang.

    Kali ini Miller dikatakan membaling kerusi ke arah seorang wanita berusia 26 tahun sehingga menyebabkan luka di bahagian dahi.

    Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah itu, Miller dilaporkan mengamuk secara tiba-tiba selepas diminta meninggalkan majlis yang berlangsung di premis tersebut.

    Polis Pahoa, Hawaii menahan Miller dalam sebuah sekatan jalan raya pada pukul 1:30 pagi selepas kira-kira 20 minit menerima aduan.

    Dia kemudian dibebaskan pada pukul 4:05 pagi selepas perbincangan bersama pihak peguam dilakukan.

    Bagaimanapun kes ini masih lagi dalam siasatan polis.

    Pada hujung Mac lalu, Ezra ditahan polis atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam. – Agensi

    Ezra Miller sekali lagi ditahan polis atas kesalahan mencederakan orang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...