Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ezzaty Abdullah timang anak lelaki

    Pelakon, Ezzaty Abdullah selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor.

    Anak damit lelaki seberat 2.95 kilogram itu dilahirkan secara normal kira-kira pukul 3:53 pagi.

    Kata Ezzaty, 31, tiada perbezaan ketara untuk kelahiran kedua ini, namun ia lebih menyakitkan.

    “Alhamdulillah, sudah ada sepasang cahaya mata, memang banyak persamaan kelahiran kali ini dengan anak sulung kami, Harum Dalia.

    “Doktor yang melakukan prosedur kelahiran adalah orang sama dan proses bersalin juga sama… cuma yang berbeza hanya rasa sakit sahaja.

    “Walaupun agak sakit tapi Allah permudahkan urusan, jadi tidak terlalu lama saya menahan sakit itu,” katanya ketika dihubungi wartawan.

    Ezzaty Abdullah selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor hari ini. – Agensi

    Dalam pada itu, Ezzaty turut meluahkan rasa syukur kerana impian untuk melahirkan anak pada hari Jumaat tercapai.

    Pelakon drama The Maid ini turut memaklumkan akan menjalani proses berpantang di kediaman ibunya di Bentong, Pahang.

    “Kalau boleh saya memang nak lahirkan hari Jumaat. Baby pun dengar dan dia keluar hari ini.

    “InsyaAllah selepas ini saya sambung berpantang di rumah mak. Saya bawa confinement lady sekali untuk tinggal di kampung selama 44 hari,” ujarnya.

    Ditanya nama anak lelakinya itu, Ezzaty memaklumkan akan berkongsi mengenai perkara itu pada hari ketujuh kelahiran.

    Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016.

    Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...