F1 bakal anjur 23 perlumbaan

ANKARA, 5 OKT – Formula Satu (F1) pada Isnin mengumumkan musim 2022 bakal menampilkan 23 perlumbaan, lapor agensi berita Anadolu.

Memetik laman sesawang F1, walaupun pandemik COVID-19, kejohanan itu tahun ini mempunyai 22 perlumbaan, dan menyasarkan untuk ‘maju ke arah lebih baik’ pada musim akan datang. 

“Saya dapat jangkakan dan pasti, kalendar musim depan akan diisi dengan 23 perlumbaan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali ketika diwawancara.

Domenicali turut mengesahkan musim F1 akan datang dijadual bermula pada pertengahan bulan Mac dan berakhir pertengahan November 2022. – Bernama