F1 bantu pasukan atasi krisis kewangan

NEW YORK , 24 APRIL – Ketua Formula Satu berkata kelmarin beberapa buah pasukan telah diberikan pembayaran secara tunai untuk melindungi ‘ekosistem’ kejohanan dengan krisis kewangan yang melanda disebabkan oleh pandemik koronavirus.

Greg Maffei, ketua eksekutif Formula Satu dan pemilik Liberty Media, berkata pembayaran dengan jumlah yang tidak didedahkan telah dibuat kepada pasukan-pasukan, yang sangat mengharapkan perkongsian keuntungan dari F1 untuk terus kekal.

Kejohanan 2020 telah dilanda kekacauan sejak krisis COVID-19 melanda seluruh dunia dengan Grand Prix Australia dan Grand Prix Monaco telah dibatalkan dan tujuh perlumbaan lain ditunda.

Dengan kemungkinan perlumbaan mengambil tempat tanpa peminat apabila musim ini akan disambung semula, Maffei berkata penganalisis melalui panggilan konferensi Formula Satu mungkin bergelut untuk menjana keuntungan tahun ini.

“Jika kami mengadakan perlumbaan tanpa peminat, kami dengan jelas akan mempunyai keuntungan yang sedikit, dan mungkin tidak mempunyai keuntungan langsung,” jelas Maffei.

“Kami mungkin mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk 2020, tetapi terdapat pasukan yang menanggung kos, terutama pasukan yang tidak mempunyai jaminan minimum dari F1 dan mengharapkan sumber pendapatan utama mereka yang dikongsi melalui keuntungan dari F1.

“Kami telah membuat bayaran pendahuluan kepada pasukan-pasukan tertentu. Terdapat beberapa kes kita mungkin melakukan lebih dari itu, terdapat perkara yang anda perlu membantu pasukan yang memerlukan pertolongan.” – AFP