F1 boleh anjur dua perlumbaan berturut-turut

LONDON, 20 APRIL – Penganjur Grand Prix Britain berkata kelmarin mereka mungkin boleh mengadakan dua perlumbaan berturut-turut jika perlu dalam usaha untuk membantu menyelamatkan kejuaraan dunia yang dilanda koronavirus.

Setakat ini sembilan daripada 22 perlumbaan telah sama ada dibatalkan atau ditunda dengan Perancis dan Belgium dikhabarkan akan membatalkan perlumbaan.

Kini hanya tinggal Grand Prix Austria yang bakal diadakan pada 5 Julai dengan pembukaan musim dengan Grand Prix Britain dijadualkan dilangsungkan dua minggu kemudian.

Perunding Red Bull, Helmet Marko memberitahu penyiar Austria,ORF bahawa litar Spielberg juga turut menganjurkan perlumbaan berturut-turut dengan dua perlumbaan dalam tempoh dua hari dalam satu minggu.

Dia berkata pengurus litar telah mencadangkan kepada kerajaan untuk membenarkan perlumbaan Spielberg untuk diadakan tanpa kehadiran peminat mendapat persetujuan yang ‘sangat tinggi’.

Menteri Sukan, Werner Kogler mengumumkan minggu ini bahawa dia tidak melarang untuk perlumbaan Spielberg diadakan tanpa penonton. – AFP