F1: Bottas terpantas latihan, pertama GP Tuscan

MUGELLO, ITALI, 11 SEPT – Valtteri Bottas mempertahankan kebiasaannya mencatat masa terpantas dalam latihan pembukaan untuk Grand Prix Tuscan yang pertama pada hujung minggu ini.

Pelumba Finland itu dengan kereta Mercedesnya, mencatat pusingan terbaik dengan mencatat masa satu minit dan 17.819 saat di litar Mugello milik Ferrari untuk mengatasi saingan terdekat Max Verstappen dari Red Bull dengan perbezaan 0.048 saat.

Trek ini digunakan untuk pertama kalinya untuk Grand Prix bagi menandakan perayaan perlumbaan F1 ke-1000 Ferrari dan mencetuskan peningkatan pasukan Itali, Charles Leclerc yang berada di tempat ketiga terpantas.

Ini adalah pertama kalinya dalam tiga acara Ferrari berada di sepuluh teratas selepas latihan hari ini, sambutan selamat datang untuk pasukan ketika mereka berusaha untuk bangkit daripada kegagalan mereka di Spa Francorchamps dan Monza.

Pemimpin siri dan juara enam kali, Lewis Hamilton berada di tempat keempat dengan kereta Mercedes kedua, setengah saat di belakang Bottas, di hadapan Pierre Gasly dari Alpha Tauri, Esteban Ocon dari Renault, Daniil Kvyat dari Alpha Tauri kereta kedua, Alex Albon dari Red Bull dan Daniel Ricciardo dari Renault kereta kedua. – AFP

Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas dari Finland semasa sesi latihan pertama menjelang Grand Prix Tuscan di litar Mugello di Scarperia, Itali, hari ini. Grand Prix F1 Tuscan akan berlangsung pada Ahad ini. – AP