Saturday, October 12, 2024
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    F1: Hamilton dominasi GP Jepun

    SUZUKA, 8 Okt – Lewis Hamilton menang penuh yakin di Grand Prix Jepun hari ini untuk menghampiri gelaran dunia keempat selepas Sebastian Vettel menarik diri kerana kegagalan enjin pada pusingan keempat.

    Pemandu dari Britain itu mendominasi petak hadapan, memandu Mercedes miliknya kepada lapan kemenangan tahun ini, melebarkan pendahuluan kejuaraan Formula Satu (F1) kepada 59 mata ke atas Vettel, dengan kini hanya tinggal 100 mata lagi untuk direbuti.

    “Sejujurnya saya hanya mampu mengimpikan jurang kelebihan seperti ini,” kata Hamilton selepas bertahan daripada pecutan akhir daripada Max Verstappen di Suzuka.

    “Pasukan telah melakukan tugas luar biasa, mereka sangat teliti jadi terima kasih kepada anda semua.”

    Verstappen dari Red Bulls, yang mengejutkan Hamilton dengan kemenangan di Malaysia minggu lepas, Daniel Ricciardo telah meraih kemenangan berganda di atas podium bagi dua perlumbaan berturut-turut.

    Pemandu Mercedes, Hamilton melambungkan trofi kemenangannya selepas menjuara GP Jepun di Suzuka. – AFP

    Valtteri Bottas menamatkan di kedudukan keempat bagi Mercedes dengan Kimi Raikkonen dari Ferrari berada di kedudukan kelima dan Esben Ocon di kedudukan keenam bagi Force India.

    Hamilton meraikan kemenangannya yang keempat di Jepun dan 61 bagi kerjayanya dengan gaya ‘Mobot’, satu penghormatan kepada kawannya, Mo Farah, juara Olimpic, yang turut menyaksikan.

    “Max memandu dengan luar biasa dan memberikan saingan sengit di akhir perlumbaan,” kata Hamilton.

    “Keretanya kelihatan sangat besar di cermin saya. Ia bukan tugas mudah hari ini. Perjalan masa jauh untuk diharungi,” tambah Hamilton.

    “Apa sahaja boleh terjadi dalam hidup ini, jadi saya akan terus menundukkan kepala dan berharap prestasi ini akan berterusan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda