F1 mesti kembali untuk pasukan terus kekal

LONDON, 7 MEI – Claire Williams mengakui kelmarin bahawa ia adalah ‘menakutkan’ untuk memikirkan pasukan Formula Satunya berdepan dengan cengkaman koronavirus tetapi menegaskan bahawa pasukan veteran British tidak akan meletakkan kesihatan kakitangan dalam risiko.

Musim 2020 F1 masih belum disambung dengan 10 perlumbaan telah sama ada membatalkan atau ditunda perlumbaan. Grand Prix Australia pada 5 Julai yang merupakan pembuka tirai perlumbaan, telah ditunda. Dalam masa yang sama, pasukan-pasukan telah kembali semula ke grid, seperti Williams yang yang berada di kedudukan terendah pada 2019 dengan hanya memperoleh satu mata, dan terdesak untuk mendapatkan pendapatan yang dibawa oleh kejuaraan dunia. “Ia adalah menakutkan bahawa anda bukan sahaja kehilangan satu atau dua buah pasukan, tetapi banyak pasukan jika anda tidak kembali berlumba semula,” kata wakil ketua pasukan Williams kepada Sky Sports. “Rangka kewangan yang kami miliki dalam sukan adalah kami sangat bergantung pada wang kami terima daripada hasil kejuaraan”.

Walau bagaimanapun, dia memberi peringatan: “Tetapi anda harus mempertimbangkan keperluan untuk kembali semula berlumba bagi memastikan pasukan anda bertahan berbanding realiti bagi memastikan kakitangan anda selamat.

“Bagi saya, akhirnya orang akan selalu menang. Saya sememangnya berharap ia tidak akan mendatangkan sebarang kos kepada pasukan satu, tetapi keselamatan kakitangan kami, sama ada kembali semula bekerja di Grove (ibu pejabat mereka), atau membenarkan mereka untuk melancong, akan menjadi perkara terpenting.” – AFP