PARIS, 15 Feb – Pasukan F1 Haas yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) akan menjadi pasukan pertama di kejohanan dunia dengan menonjolkan kelengkapan kereta lumba baharu mereka dengan mempamerkan alat peranti perlindungan kepala halo yang telah mencetuskan kontroversi.
Walau bagaimanapun, kesan visual halo itu akan menjadi kewajiban kepada setiap kereta lumba musim ini, telah mendapat sentuhan lembut dari para pereka Haas dengan warna hitam dan merah pada casisnya.
Menurut ketua pasukan, Guenther Steiner berkata, “Bahagian yang mengalami perkembangan terbesar kereta itu ialah penambahan halo,” sejurus pelancaran yang dibuat dalam talian.
“Para ahli aerodinamik telah melakukan sedikit kajian, akan tetapi para pereka perlu berusaha lebih untuk mengubahsuai halo agar mampu bertahan dengan beban yang telah dimandatkan.
“Jumlah minimum berat kereta meningkat disebabkan halo dan terdapat pusat graviti yang lebih tinggi disebabkan kedudukannya, akan tetapi setiap orang akan menghadapi situasi yang sama,” jelasnya.
Pasukan Haas telah mengutip 47 mata pada kejohanan 2017 untuk menamatkan kedudukan kelapan mereka, lebih 18 dari musim pertama mereka pada 2016.
Sementara itu, Pasukan Ferarri akan mempunyai Romain Grosejan dan Kevin Magnussen bagi musim baharu tahun ini yang akan bermula pada 25 Mac di Australia. – AFP