F1 tambah GP Tuscan dan GP Rusia 2020

SPIELBERG, AUSTRIA, 10 JULAI – Formula Satu (F1) semalam mengumumkan akan menambah Grand Prix di Tuscan dan GP di Rusia dalam kalendar perlumbaan tahun ini.

Perlumbaan GP Tuscan di litar Mugello akan diadakan pada 13 September, seminggu selepas perlumbaan GP Itali di Monza.

Perlumbaan seterusnya akan diikuti dengan perlumbaan di GP Rusia di Sochi Autodrom pada 27 September.

Ia menjadikan kesemua jumlah perlumbaan musim ini kepada 10 perlumbaan, semuanya di Eropah, dengan F1 masih berharap dapat mengadakan 15 hingga 18 perlumbaan dan menamatkan musim pada bulan Disember dengan perlumbaan di Bahrain dan Abu Dhabi.

“Kami mempunyai permulaan yang baik untuk musim kami di Austria hujung minggu lalu dan kami semakin yakin dengan rancangan kami untuk berlumba sepanjang baki tahun 2020,” kata ketua F1, Chase Carey.

“Kami sama-sama gembira melihat kembalinya perlumbaan F1 untuk pertama kalinya di Mugello, satu acara yang akan menandakan Grand Prix ke-1000 untuk Ferrari.”

Mugello, yang tidak pernah mengadakan FI, terletak kira-kira 32 kilometer dari bandar Florence. – AP

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc semasa sesi latihan pertama di Grand Prix Styrian F1 semalam di Spielberg, Austria. – AFP