FA Belanda rancang sambung liga 19 Jun

THE HAGUE, 8 APRIL – Persatuan Bola sepak Belanda (KNVB) berkata kelmarin bahawa mereka berharap untuk dua divisyen teratas akan disambung semula pada 19 Jun berikutan penggantungan kerana pandemik koronavirus.

Keputusan Liga Belanda tersebut adalah sejajar dengan UEFA, yang mana telah memberi amaran pasukan akan berdepan penyingkiran dari Liga Juara-juara musim hadapan jika kejohanan liga domestik ditamatkan separuh jalan.

KNVB mendedahkan ran-cangan mereka ketika konferensi video dengan kelab profesional dan beberapa pemegang saham utama, meskipun pasukan utama liga termasuk Ajax, AZ Alkamaar dan PSV Eindhoven telah menyeru agar musim bola sepak musim ini ditamatkan.

Liga Belgium mencadangkan minggu lalu bahawa musim yang sedia supaya dapat ditamatkan lebih awal dengan kedudukan carta ketika ini dianggap sebagai penamat, menjadi Liga Eropah pertama yang mengambil langkah sebegini. – AFP