Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    FA dakwa West Ham, Spurs

    LONDON, 28 Sept – Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) telah mengenakan dakwaan ke atas West Ham dan Tottenham Hotspur atas kegagalan mereka mengawal pemain masing-masing dalam aksi Liga Perdana hujung minggu lalu.

    Spurs menang dalam derbi hujung minggu itu di Stadium London dengan jaringan 3-2, tetapi hampir menang dengan kelebihan tiga gol.

    Hammers terus memberikan tekanan untuk gol penyamaan di saat-saat akhir ketika perlawanan semakin panas.

    “West Ham United dan Tottenham Hotspur telah dikenakan dakwaan oleh FA susulan perlawanan mereka hujung minggu lalu,” menurut satu kenyataan dari FA.

    “Ia adalah dakwaan bagi minit perlawanan ke-95, di mana kedua pasukan gagal memastikan para pemain mereka bersikap sebaiknya. Mereka mempunyai masa sehingga 6 petang pada 28 September 2017, bagi memberikan respons atas dakwaan itu.”

    Sebahagian insiden panas antara pemain West Ham dan Tottenham Hotspurs dalam aksi Liga Perdana hujung minggu lalu. FA telah mengenakan dakwaan ke atas kedua-dua kelab, yang menyaksikan lima pemain menerima kad kuning di masa kecederaan. – AFP

    Lima pemain telah diberikan kad kuning oleh pengadil Michael Oliver di masa kecederaan. Andy Carroll, Winston Reid dan Andre Ayew dari West Ham menerima kad kuning, sementara Eric Dier, Fernando Llorente bagi Spurs.

    Insiden itu tercetus selepas satu faul oleh Carrol, yang menimbul tindak balas marah daripada kedua-dua pasukan dan menyaksikan empat pemain diberikan kad kuning. Kad kuning Ayew hadir di awal masa kecederaan.

    Spurs berada di bawah tekanan selepas dikurangkan kepada 10 pemain ketika perlawanan berbaki 20 minit selepas Serge Aurier menerima kad kuning kedua. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda